Thursday, 15 November 2012
Pengenalan
Rumah Tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai.
Seni bina rumah tradisional ini adalah unik. Ia menunjukkan kesan pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasikan rantau ini seperti Bugis, Jawa, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.
Rumah jenis ini diperbuat daripada kayu dan bertiang dan didominasikan oleh tingkap-tingkap. Dalam rumah mempunyai ruang terbuka yang luas dan dinding pemisah yang tersangat minima.
Rumah Rakit
Seperti Rumah Bagan, Rumah Rakit ini juga dibina di atas air. Rumah Rakit ini biasanya dibina di tepi sungai atau di tasik. Rumah Rakit ini dibina untuk didiami atau untuk menyimpan sampan dan alat-alat menangkap ikan.
Perbezaan antara Rumah Rakit dan Rumah Bagan adalah dari segi reka bentuknya dan boleh dibezakan melalui gambar.
Rumah Panjang
Rumah panjang ini dibuat daripada kayu dan mempunyai bentuk yang memanjang. Di Malaysia, rumah jenis ini biasa dijumpai di Negeri Sarawak dan didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik. Beberapa keluarga akan tinggal bersama-sama dalam rumah panjang dan diketuai oleh seorang "tuai ruamh" yang berumpana seperti ketua kampung di sebuah kampung.
Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah. Kebanyakkan aktiviti penduduk rumah dijalankan di ruai.
Rumah Melaka
Rumah Melaka terkenal dengan tangga batu yang disalut dengan jubin beraneka. Rumah ini didirikan dengan menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama. Ruamah ini biasanya dibina daripada kayu cengal, meranti dan damar laut.
Komponen rumah ini terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang rumah ini terdiri dari ruang serambi dan ruang tengah. Di hadapan ruang serambi adakala ditambahkan dengan ruang anjung yang bertangga. Terdapat dua jenis ruang tengah dalam rumah jenis ini.
Ruang tengah yang pertama yakni ruang yang mempunyai sebuah bilik yang dipanggil selang berfungsi memisahkan ruang dapur dengan ruang rumah.
Ruang tengah kedua pula wujud di antara bumbung dengan bilik. Raung ini dipanggil sebagai peran atau loteng. Ruang ini digunakan sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis atau untuk menyimpan barang-barang.
Rumah Bagan
Rumah Bagan adalah rumah yang dibina di atas air. Rumah jenis ini banyak dijumpai di Negeri Sabah. Walaubagaimanapun, rumah jenis ini juga boleh dijumpai di semenanjung seperti Kuala Kurau, Kuala Gula.
Daripada gambar di atas, didapati rumah jenis ini disokong di atas air dengan menggunakan tiang yang panjang. Penghuni-penghuni rumah jenis ini kebanyakan ialah nelayan.
Rumah Gadang
Rumah Gadang juga dikenali sebagai Rumah Gadong, Rumah Bagonjong atau Rumah Baanjung oleh orang yang berlainan. Ruamh jenis ini merupakan kesan tinggalan orang Minangkabau di Malaysia. Rumah jenis ini banyak dijumpai di Negeri Sembilan.
Keunikan seni reka rumah jenis ini adalah mempunyai bentuk bumbung yang berupama tanduk kerbau. Bentuk bumbungnya adalah memanjang dan sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Komponen dalam rumah jenis ini terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.
Ruang ibu rumah ini terdiri dari ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang yang kecil dan beberapa bilik tidur.
Saturday, 10 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)